Jumaat, 23 April 2010

jom senam!!




salam semua... ha.... selamat pagi!! (^ ^) best nye r ble bgun pg lg2 time ari minggu cmni... rilex je, xde class, xyh pikir nk wat itu nk wat ini. Sgt2 besh!!!!! hehehe.


ni gambo aku ngn ila, yana n kak rinie.. time ni aku ngh wat senam robik tuk student pend khas.

So, sebagai warga Malaysia yg mengamalkan gaya idup sihat, ha, ni aku nk kongsi skit, berkaitan tip senaman selamat or senam cara selamat. Cewah! bia semua segar k time2 ari minggu ni!
ok, senam cara selamat ini ialah, teknik senaman yang dijalankan bagi mengelakan kecederaan semasa awk smua bersenam. ok, teknik yang tersebut ialah :

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.

2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.

  • Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .

3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.

4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.

5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:

  • Ketidakselesaan
  • Sakit
  • Pening

7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.

8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:

  • Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
  • Petang ( selepas pukul 6 petang )

9. Persekitaran tempat senaman:

  • Permukaan yang rata.
  • Suhu dan kelembapan udara terkawal.
  • Kawasan redup/teduh.
  • Tempat yang cukup terang.

10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.

11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.

12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:

  • Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).
  • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
  • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.

13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:

  • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.

14. Jika anda Gemuk:

  • Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

ok, tu r antara tip2 yg bleh aku kongsi ngn kowg semua... so pe tggu g??!! bagun n trus bersenam k!! JADI RAKYAT MALAYSIA YANG SIHAT!!! YEEEAAHHH!!!

SELAMAT BERSENAM SEMUA!!

ok, aku nk lelap jap, kowg bersenam dlu k, HARI MINGGU NI BEB!! TIDO R SENAMAN YANG PLING BESH! hahahaha lg2 time cuti cmni.... AKU SUKE ARI MINGGU! hahahah



ZZZZZZZZZZzzzzzzzzz

2 ulasan:

weda berkata...

u cakap jgn brsenam tym lapar or kenyang. i selalu rasa eiter lapar or kenyang. so xle brsenam la! =P

kY rULe berkata...

hahahahaha ye ke? hahahaha xleh r cmni! ngh keyg ni. hahaha

Catat Ulasan

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates