Rabu, 24 Jun 2009

sEnyUm....










Manusia telah diciptakan dengan seribu satu jenis perasaan dalam diri mereka... sedih, gembira, bahagia, kecewa, duka, dan banyak lagi... perasaan-perasaan inilah yang mewarnai asam garam, pahit manis kehidupan kita.. salah satu perasaan yang ingin saya sentuh, ialah perasaan gembira, bahagia, seronok dan pelbagai lagi perasaan yang positif yang wujud dalam diri kita... perasaan-perasaan positif inilah yang mampu menggerakkan otot2 di bahagian muka kite sehingga membuat sebuah ukiran yang dinamakan SENYUM.....


Smiles for You

Smiling is infectious; you catch it like the flu,

When someone smiled at me today, I started smiling too.

I passed around the corner and someone saw my grin

When he smiled I realized I’d passed it on to him.

I thought about that smile then I realized its worth,

A single smile, just like mine, could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin, don’t leave it undetected

Let’s start an epidemic quick, and get the world infected!



Smile

Lyrics by John Turner and Geoffery Parsons - 1954
Music by Charles Chaplin - for silent movie “Modern Times” 1936

Smile though your heart is aching,
Smile even though it’s breaking,
Though there are clouds in the sky, you’ll get by.
If you smile through your fears and sorrows,
Smile and maybe tomorrow,
You’ll see the sun come shining through for you.

Light up your face with gladness,
Hide every trace of sadness.
Although a tear may be ever so near,
That’s the time you must keep on trying.
Smile, what’s the use of crying?
You’ll find that life is still worthwhile,
If you just smile.


Sekarang ni kite tgk plak rahsia disebalik senyuman ni......

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum'
dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding
43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung
meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada
sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan
sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,
kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara
tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan
kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap
penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, Cuma sekelumit
rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang
sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA
KEMBANGNYA".



akhir kata.... xrugi anda menghadiahkan sebuah senyuman yang paling ikhlas buat rakan atau siapa jua dengan seikhlas hati.... peace, one love......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates