Selasa, 30 Jun 2009

sEArCh eNGiNe




hye... waddup... skr ni aku nk kongsi kt korang search engine yg best... (Leh tahan r kot)... korang masuk kt http://www.20search.com/ ..... try r k... calo...

Ahad, 28 Jun 2009

rUmAh SeWa kU...

ni lah rumah sewa aku....
amacam... ok?
ni gambar mase kitorang
ngah melantak.. umah kosong g...
ni kira bru pas cuci r...

jemput r dtg umah k...

c u...

UcaPaN BiRthDay yG kU TeRiMA..




Dari Ayahanda tercinta :

hepi besday... usia kedewasaan akan lebihmematangkan fikiran dan bukan tiket untuk keseronokan sahaja..
Dari Bonda :

hepi besday 2 u ....
hepi besday 2 u...
hepi besday 2 u..

Dari Adik azza :

hepi bufday yg ke 21!! dah sampai ke stage ``two one`` dalam hidup..
so, jdlah tuan kepada akal, biar pe yang di buat dapat mengalahkan nafsu, jd r tuan kepada hati, so perjalanan hidup sentiasa ke jalan yang lurus, jd r tuan kepada iman, so hidup sentiasa di bawah redahNya dan jauh dr azab Nya......


dan banyak lagi wish yg aku dapat.... trimas tuk semua...

Khamis, 25 Jun 2009

kelahiran....



Klang, 28 jun 1988 - seorang bayi telah selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Bayi tersebut merupakan anak sulong kepada pasangan bahagia Abdan b walid bersama isteri tercintanya Roslizah bt Mardan... bayi tersebut terpaksa dilahirkan dengan kaedah pembedahan berikutan keadaan bayi yang semakin kritikal akibat terbelit tali pusat di leher dan kemungkinan besar akan lemas dalam kandungan. KINI.... 21 tahun telah berlalu, bayi itu telah dewasa dan bakal menjadi pendidik bangsa... bayi tersebut ialah aku.. hahaha Mohd Khairulddin bin Abdan... dah tue dah aku ni rupenye.... eeerrrrmmmm

Rabu, 24 Jun 2009

mENgimBau kEnANGan ku....





Satu ari tu aku kemas almari bilik aku (rajin r konon2nye, act mak aku yg pakse sbb lg byk brg tah pape aku sumbat dlm tu..) then nk dijadikan crite, aku terjumpe blik ..kenangan-kenangan.. lame aku. aku pun menyusun cebisan-cebisan tersebut membentuk rantaian memori.. hahaha mcm novelis lak.. aku pun belek r kotak lame aku tu... kt kotak tu tertulis r ..kenangan SAMJ 2001-2005.. (sebenarnye xde tulisan pun, saje je kono2 de tulisan tu, bru dramatik skit..) aku pun bukak r... dlm tu byk kad2 lme yg kwn2 bg kt aku... kad raye, birthday card byk g r.. thanx tok nana, far, hayati, byk g r... far, kad birthday yg ko penah bg kt aku dlu (kad warne oren) aku simpan g tau! kad raye time form 5 yg nana bg, byk g r... (sori name2 yang aku xsebut). tp sebab budak 3 orang (far, nana, hayati) ni yang selalu jd bahan aku n fizi ( dah jd ustaz ko fizi kn?? hahaha mcm xcaye! ) kacau tiap2 ari time sekolah dulu... so aku ingat kt korg.... selain tu act ramai g... tp klu aku tulis confirm xmuat... pastu aku jumpe gk buku biodata bdk2 5is... tringat blik perangai sekor2 time tu... sedih plak (jiwe halus gk aku ni rupenye...) paling best aku terjumpe gk tape2 video lame time kt sek.. time jamuan, time sembelih ayam byk r... muke semua budk de... aja byk gk muke ko mencapap dlm video tu.. hahaha gurau je.. video time sembelih ayam pun lawak gk.. de yg pegang leher ayam smpai naik lemas dh ayam tu... ni kes geli nk sembelih r kot... aku tgk mcm ayam tu dah mati lemas je sebelum sembelih... (sian, semoga roh2 ayam tu ditempatkan dikalangan ayam2 yang berada di jalan yang lurus) video time ..wild party.. pas jamuan kadet polis pun de gk. hahaha iwan, temp, kamarul ramai g bdk2 kadet polis yg jd gile time tu... skrg ni dah dekat 4 tahun kite tinggalkan zaman tu semua... semua tu dh jd kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku... aku rindu zaman tu.... serius, aku rindu korang semua.

Peace one love!

kAsIH SaYAng





Begitu Luas jika hendak kite perkatakan tentang erti sebuah kasih sayang.... terlalu banyak skopnya. kasih terhadap Pencipta, kasih sesama insan dan pelbagai lagi...

Kasih antara insan, seperti kasih kekeluargaan, kasih sesama rakan, kasih sesama jiran dan banyak lagi...

Kasih sesama insan.... aku amek contoh kasih sayang yang diberikan oleh orang yang paling aku sayang sekali dalam hidup ni, mereka ni lah yang berada di tempat pertamA dalam carta hati aku... sape lagi kalau bukan mak n ayah aku sendiri...

Mak.... Pn Rosliza bt Mardan... mak adalah wanita paling cantik dalm hidup Udin. Din sayang mak sangat2... mak xpenah penat tuk layan semua kehendak Din dari din kecik sampai Din besar... walau pun Din selalu sakitkan ati mak, mak xpena nk simpan dalam ati.. hati seorang ibu yang sentiasa memaafkan kesalahan anaknya... hehehe Din ingat mak, klu dulu Din lupe wat kerje sekolah, mak lah yang berjaga malam siapkan kerja sekolah Din. Bile Din bangun pagi esoknye, tau2 dah siap... Din masih ingat gk lagi, klu ayah marah Din sebab Din nakal, mak r jd tempat Din nyorok or ngadu... mak lembut je jaga Din, tegur Din dengan lembut dan banyak sangat kebaikan dan budi mak yang din xkan dapat balas seumur hidup Din... saat din nk dilahirkan ke dunia ni, mak bergolak antara hidup dan mati.. lagi2 apabila doktor sahkan yang din terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana pada masa tu, tali pusat telah terbelit dileher din dan menyebabkan din kelemasan masa tu.... sayang mak... din akan cuba menjadi anak yang baik dan akan membalas jasa budi mak yang xternilai dalam hidup din...

Ayah..... En Abdan b Walid.... ayah adalah hero dan idola dalam hidup din.... ayah juga adalah kawan baik din.... ayah xpernah mengeluh setiap kali berhempas pulas mencari rezeki buat kami sekeluarga... ayah xpernah din dengar merungut bila setiap kali anak2 ayah ni mintak duit tuk keperluan sendiri kami... ayah cuma akan ty `nk berapa?` `cukup ker?`... din tahu kite bukan dari kalangan keluarga yang mewah, kite hanya keluarga yang sederhana, tp ayah akan sedaya upaya tuk memastikan anak die hidup dalam keadaan yang senang dan xperlu hidup susah macam die lalui semasa zaman die kecil. tiap kali din n adik2 cuti ayah xpernah nk lupe tuk mengambil cuti bersama agar kite dapat kelua makan angin bersama... ayah nk pastikan ikatan keluarga kite sentiasa kuat walau pun udin berada jauh di timur semenanjung, azza di perak, dan di rumah hanya tinggal adeq dan ijat je... ayah pun sentiasa sabar melayan seribu satu karenah anak2 die... din masih ingat lagi ayah, satu haru ayah blik kerja lewat sebab banyak kerja yang ayah perlu bereskan masa hari tu. time ayah bilik tu, ijat trus terpa kt ayah dan mengadu adeq kacau die. Adeq plak cube pertahankan diri die xnk ayah marah die plak. din plak sibuk mintak duit tuk belanja nk kelua.. dan tiba-tiba ayah membentak kami semua. Suara ayah masa tu kuat sampai kami jd tergamam sebab xpernah lagi ayah marah mcm tu... ayah trus ke bilik tuk mandi dan mengambil wuduk ( azan maghrib baru berkumandang mase tu). ayah ajak kami empat beradik tuk mengambil wuduk dan solat jemaah same.. habis je solat, ayah, dengan nada suara yang sangat lembut, berkata `ayah nak minta maaf kat udin, azza, adeq n izat sebab tinggi suara td... ayah terlalu penat mase tu...` ayah trus salam kami semua... dari mata ayah din dapat nampak seribu penyesalan wujud atas keterlanjuran kata2 ayah sebelum tu... kami dengan hati terbuka memaafkan ayah.. salah kami juga tak memahami situasi ayah mase tu... din terharu sangat2 time tu... din salam ayah, din peluk ayah... ayah ingat lagi kan peristiwa tu.... sayang ayah...

Mak....ayah..... anda dah berjaya menjadi ibu bapa yang mampu mendidik dan membesarkan anaknya... mak dan ayah merupakan loving couple yang paling romantik pernah din jumpe... walau usia perkahwinan mak ayah dah menjangkau usia 22 tahun, tapi perasaan cinta dan kasih sayang antara mak dan ayah macam masih lagi pasangan penganting baru..... din nk jd macam tu bile din dah de pasangan kelak...

Aris Ariwatan... 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

..SAYA SAYANG FAMILY SAYA..

Peace, one love..... (^____^)

sEnyUm....










Manusia telah diciptakan dengan seribu satu jenis perasaan dalam diri mereka... sedih, gembira, bahagia, kecewa, duka, dan banyak lagi... perasaan-perasaan inilah yang mewarnai asam garam, pahit manis kehidupan kita.. salah satu perasaan yang ingin saya sentuh, ialah perasaan gembira, bahagia, seronok dan pelbagai lagi perasaan yang positif yang wujud dalam diri kita... perasaan-perasaan positif inilah yang mampu menggerakkan otot2 di bahagian muka kite sehingga membuat sebuah ukiran yang dinamakan SENYUM.....


Smiles for You

Smiling is infectious; you catch it like the flu,

When someone smiled at me today, I started smiling too.

I passed around the corner and someone saw my grin

When he smiled I realized I’d passed it on to him.

I thought about that smile then I realized its worth,

A single smile, just like mine, could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin, don’t leave it undetected

Let’s start an epidemic quick, and get the world infected!



Smile

Lyrics by John Turner and Geoffery Parsons - 1954
Music by Charles Chaplin - for silent movie “Modern Times” 1936

Smile though your heart is aching,
Smile even though it’s breaking,
Though there are clouds in the sky, you’ll get by.
If you smile through your fears and sorrows,
Smile and maybe tomorrow,
You’ll see the sun come shining through for you.

Light up your face with gladness,
Hide every trace of sadness.
Although a tear may be ever so near,
That’s the time you must keep on trying.
Smile, what’s the use of crying?
You’ll find that life is still worthwhile,
If you just smile.


Sekarang ni kite tgk plak rahsia disebalik senyuman ni......

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum'
dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding
43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung
meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada
sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan
sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,
kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara
tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan
kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap
penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, Cuma sekelumit
rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang
sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA
KEMBANGNYA".



akhir kata.... xrugi anda menghadiahkan sebuah senyuman yang paling ikhlas buat rakan atau siapa jua dengan seikhlas hati.... peace, one love......

ReNUngAn

Kadang-kadang..... kite berdoa untuk KUAT tapi banyak pula DUGAAN yang datang.......
Kadang-kadang..... kite minta CERDIK tapi MASALAH pula yang timbul........
Kadang-kadang..... kite minta KEBAHAGIAN tapi HURU HARA pula......

Dugaan menjadikan MENTAL kite KUAT......
Masalah menjadikan kite BERFIKIR......
Huru hara menjadikan kite TABAH.......

Hebatkan ALLAH....
Semua ada hikmah.... kalaulah manusia tahu Hadis ini.....
Telah berkata Jibril,"Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu"....
Maka ALLAH berfirman,"Biarkanlah hambaku itu, kerana Aku mencintai suaranya"
(anas & malik)

Renungan bersama....



Isnin, 22 Jun 2009

PuISI CiNtA BuAT mU...



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Ahad, 21 Jun 2009

wELcOme.....


mUle2 SkALI TrIMaS Coz sUdi LawAT blog nI... kT sni KitE open Nk borAK or sHARE pAPE puN.... MuZik, FilEM, aRtis, koRd2 gItar, pAper JE r.... macAm2 lagI.... LayAn....
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates